Sunday 22 June 2014

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas


Resepi Ayam Masak Kicap Pedas



Pengenalan


Resepi Ayam masak kicap merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu dan Indonesia. Hidangan ini sering dihidangkan di rumah kerana cara membuatnya amat senang dan ringkas.  Rasanya yang manis dan hiasannya menarik perhatian semua golongan masyarakat.


Ayam masak kicap lebih sedap dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi lemak. Kicap yang digunakan ialah kicap manis. Kicap tersebut boleh dibeli atau dibuat dengan sendiri. Keunikan masakan ini ialah ayam tersebut harus dipotong kecil-kecil dahulu, bukan seperti kari ayam di mana ayam tidak dipotong kecil.


Hidangan ini amat popular di kalangan masyarakat Melayu dan Indonesia. Ayam masak kicap juga mendapat sambutan baik daripada masyarakat India.




Kicap Manis untuk Ayam

 

Bahan-bahan

1 kilogram kedelai putih atau hitam

3 gram ragi tempe

3 lembar daun salam

3 lembar daun jeruk

4 cm lengkuas

1 sendok teh pokak

6 kilogram gula merah

1 1/2 liter air

800 gram garam


Cara-cara

1)  Cuci kedelai sampai bersih lalu rendam di dalam 3 liter air selama kurang lebih 12 jam

2)  Kemudian, masukkan kedelai ke dalam karung lalu injak-injak sehingga biji kedelai terbelah dua.

3)  Biji kedelai yang sudah terbelah ini dicuci dengan bersih.

4)  Rebus kedelai dalam air mendidih selama 40 minit. Kemudian,  tiriskan dan dinginkan.

5)  Beri ragi tempe dan gaul sampai merata pada permukaan kedelai. Ketepikan selama kurang lebih 3 -5 hari

6)  Setelah jamur putih tumbuh merata pada kedelai, pisahkan biji-biji kedelai menggunakan tangan.

7)  Jemur sehingga kering

8)  Rendam dalam larutan garam selama 3 sampai 4 minggu didalam suhu ruang.

9)  Tuang air bersih, kemudian masak sehingga mendidih. Lantas angkat dan saring.

10)  Tambahkan gula merahdan daun jeruk.  Giling sampai halus dan merata.

11)  Masak hasil gilingan.

12)  Setelah  sudah mendidih dan buihnya hilang, dinginkan.


Ayam Masak Kicap


Bahan-bahan ( 2-3 )

1/2 ekor Ayam

5 inci halia

2-3 Ulas bawang putih

1 sb jintan manis (Jintan Besar)

3-4 cili padi

1/2 inci kunyit

6 sudu besar Kicap Manis

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos cili

1 biji bawang holland

2-3 biji cili merah utk hiasan

minyak

garam

gula



Cara-cara

1)   Potong  ayam kecil-kecil sebesar 2 inchi

2)   Bersihkan ayam tersebut  dan toskan  air

3)   Kemudian ketepikan ayam tersebut

4)    Satukan cili hijau, kunyit, halia, jintan & bawang putih (tumbuk atau blend)

5)   Selepas itu, masukkan bahan perapan tadi ke dalam ayam yang siap tadi.

6)   Perapkan selama 15 - 30 minit

7)   Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ayam yang telah siap diperap tadi

8)   Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan perapan tadi ke dalam kuali

9)   Jika terlalu pekat,boleh tambahkan sedikit air

10)  Kemudian masukkan cili merah yang telah dihiris

11)   Perasakan hidangan tersebut dengan garam dan gula

12)    Masukkan bawang yang telah dihilis bulat

13)    Masak selama 15 minit dan masakan sudah boleh dihidangkan

 

Jika ayam masak kicap tersebut terlalu pedas, cuba resepi ini dyang menggunakan santan dan boleh dimakan dengan ketupat semasa sambutan Hari Raya.

Bahan-Bahan

·       Setengah ekor ayam (dipotong)

·       Garam

·       Kunyit

·       Minyak (untuk menggoreng)

·       3 ulas bawang merah (dihiris)

·       2 ulas bawang putih (dihiris)

·       1 ulas bawang besar (dihiris bulat)

·       Halia dalam setengah inci (dihiris)

·       Kulit kayu manis

·       1 kuntum bunga lawang

·       1 sudu serbuk lada hitam

·       2 sudu kicap pekat (kalau tak ada, boleh guna kicap biasa tetapi tambah kuantitinya dan kurangkan garam)

·       1/2 sudu kecil asam jawa (saya guna asam jawa extra adabi)

·       1 cawan santan (bukan pati santan tapi santan yang diperah dari kelapa parut. boleh guna susu cair)

·       2 biji cili hijau (dikelar)

·       1 biji buah tomata (potong 4)

·       1 biji kentang (dipotong 6 dan digoreng)

·       Sedikit air

·       Gula dan garam secukup rasa

 

Cara-cara

1. Salut ayam yang dibasuh bersih dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga separuh masak atau kulit luarnya macam dah garing sikit. Angkat dan asingkan.

2. Panaskan kuali dan bubuh minyak sedikit untuk menumis. Masukkan bahan-bahan yang dihiris kecuali bawang besar ke dalam kuali. Lepas tu, masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga kelayuan.

3. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan bahan tumisan hangit. Masukkan juga asam jawa, lada hitam dan kicap. Kacau sehingga sebati.

4. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sehingga kicap tersalut pada seluruh ayam. Biarkan seketika sehingga mendidih.

5. Bila dah ayam sudah tersalut kicap, masukkan santan. Kacau lagi dan masukkan cili hijau, tomato, dan kentang yang telah digoreng. Kacau perlahan-lahan supaya santan tak pecah minyak sehingga menggelegak.

6. Rasa garam dan gulanya. (Bulan puasa ni, saya main agak-agak aje. Huhu)

7. Tutup api apabila santan sudah mendidih. Kacau sebentar dan sedia untuk dihidangkan.



Ini sahaja diperlukan untuk menyediakan ayam masak kicap. Kicap manis tersebut boleh dibeli sekiranya tiada masa untuk menyediakannnya. Keenakan masakan ini pasti akan meriangkan keluarga. Hidangan ini harus dicuba kerana  ia amat senang, sedap dan mengambil masa yang singkat.

Selamat mencuba.